like button

Monday, February 20, 2012

Tidak perlu pawagam di Bangi


Parti Islam Semalaysia (PAS) menolak pelan rancangan untuk membina panggung wayang di Seksyen 15, Bangi kerana bimbang ia akan menyebabkan gejala sosial berlaku.
Dipetik dari akhbar The Star, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bangi, Dr. Shafie Abu Bakar berkata, "Mengapa kita perlu ke panggung wayang sedangkan kita mempunyai kecanggihan teknologi di mana kita boleh menonton filem di televisyen dan internet?"

"Kami tidak menghalang penduduk sini untuk pergi menonton wayang. Mereka mempunyai pilihan sekiranya ingin ke pawagam di Kajang mahu pun Putrajaya dan sebagainya untuk menonton wayang.
"Memiliki panggung wayang bukan cara terbaik untuk memberikan kelainan kepada penduduk, malahan akan membawa pelbagai impak negatif dan gejala sosial di kalangan remaja masa kini. Kami tidak mahu filem barat merosakkan minda anak muda di sini," ujarnya.
Beliau turut merasakan bahawa penduduk Bangi tidak merasakan pembinaan panggung wayang baru ini sebagai satu keperluan, cuma ada segelintir yang bukan dari Bangi menyogok isu tersebut terutamanya ahli politik kerana ingin menunjukkan kepada masyarakat bahawa mereka mengambil berat tentang hal ehwal rakyat.
"Lebih kurang 97 peratus penduduk di sini beragama Islam, di mana jumlah majoriti untuk sesebuah kawasan perumahan di Bangi lebih gemar dengan kelas agama dan pusat pembelajaran," jelas Dr. Shafie lagi.

Source: Cinema online

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...