like button

Wednesday, February 22, 2012

Lady Gaga diganggu makhluk halus


Meskipun dilimpahi kemewahan serta kekukuhan empayar seni essentriknya yang nyata mampu membuat dia lena diulit mimpi, namun Lady Gaga mengakui mengalami kesukaran untuk tidur dek kerana berdepan dengan beberapa kejadian aneh setiap kali hendak tidur.
Menurut pelantun lagu "Marry the Night" ini, dia seringkali diganggu makhluk halus yang membuatkanya tidak tenang untuk tidur selain merasa kehadiran benda aneh yang sukar untuk dijelaskan.

Memetik kenyataan yang dibuat kepada laman Bang Showbiz, Gaga turut menceritakan bagaimana dia baru-baru ini bermpimpi hantu yang membawanya ke satu ruang sebuah rumah lalu terjumpa seorang gadis berambut perang yang diikat dengan tali.
Lantaran kejadian demi kejadian aneh yang dilaluinya, penyanyi berusia 26 tahun ini akhirnya mendapatkan bantuan Deepak Chopra, seorang ahli spiritual yang sebelum ini pernah berkerja dengan Michael Jackson.
"Saya ceritakan kepada Deepak mengenai masalah yang saya hadapi, dimana saya rasakan saya akan diculik oleh makhluk halus tersebut," cerita Gaga.
Jelas Gaga lagi, Deepak yang mendengar masalah yang dihadapinya itu hanya ketawa dan memberitahu bahawa ia hanyalah perkara kecil.
"Mujur Deepak memberitahu ianya hanya perkara kecil dan tidak perlu untuk ditakutkan. Ia membuatkan saya menarik nafas lega," tambah Gaga yang sebelum ini turut pernah bermimpi seolah-olah dirinya sedang koma dan jiwanya tidak tenteram.
Source: Cinema online

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...