like button

Wednesday, March 16, 2011

Kembara seorang perantau (part 1)

Rantau orang adalah satu tempat yang begitu asing bagi kita namun jika kita menetap di situ bagi jangka masa yang panjang, kita bagaikan anak jati di tempat itu. Aku sebagai salah seorang anak rantau di bandar besar, bahkan bagai sudah sebati dalam diri ini tentang tempat asing ini sentiasa berasa yang kata-kata bidalan orang tua adalah benar. " hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri" dan hujan batu itulah yang sentiasa kita ingatkan. Manakan tidak, di situlah kita membesar dan di situlah jugak padang permainan kita semasa kecik. Aku masih ingat semasa kecik, aku tidak boleh langsung pergi ke tempat yang lebih jauh dari rumah kerana aku akan sentiasa mabuk kenderaan. Tidak mungkin aku nak bergerak menggunakan basikal dan tidak mungkin aku menunggang motosikal kerana jarak perjalanan ke rantau org yang agak jauh. Kalau setakat jaraknya kurang dari 100km, itu tidak di namakan merantau ke tempat lain. Tetapi aku beruntung kerana setelah aku dewasa, mabuk kenderaan semakin menjauhkan diri dari aku dan aku kini bebas bergeraak kemana saja walaupun keliling satu malaysia.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...