like button

Monday, June 14, 2010

keinginan

aku ingin berjaya
aku ingin kaya
aku ingin hidup senang
aku ingin di cintai
aku ingin di sayangi
aku ingin sentiasa sihat
aku ingin sentiasa muda
aku ingin ceria
aku ingin gembira
aku ingin tabah
aku ingin rendah diri
aku ingin sentiasa bersyukur
aku ingin sentiasa berserah
aku ingin murah hati
aku ingin sentiasa beriman
aku ingin sentiasa beribadat
aku ingin ....

Friday, June 11, 2010

titisan mutiara

hujan adalah setitis air yang turun dari langit
membawa pelbagai perasaan terhadap setiap insan
ada yang suka
ada yang benci
tetapi ada juga insan yang merasakan
rindu dan sayang seperti mana suramnya cuaca
rindu pada sesorang
sayang pada seseorang
hujan juga kadangkala membawa kepada kebencian
bagi orang yang tidak mengerti akan nikmat
yang tuhan turunkan kepada kita sebagai habuannya
mengapa kita susah untuk bersyukur
dengan segala pemberiannya

Wednesday, June 9, 2010

kesedaran

tiada sesuatu pun yang indah
cinta datang dan pergi
bersama hembusan angin
yang membawa debu debu kehangatan semalam
melayang ke seluruh pelusuk alam
indahnya sesuatu perkara itu
bergantung kepada jiwa dan hati
jika bersama meniti pelangi
biarlah sampai ke hari mati
janganlah leka mencari hakiki
sampaikan insan insan lain di biarkan layu
mencari hanya kuntuman manis
dari taman nun syurgawi
hanya keseragaman membawa kita semua ke hari tua
sedarlah wahai semua pasangan duniawi
bahawa kita hanya pinjaman sementara
di sana jualah kekal abadi

Tuesday, June 8, 2010

hati dan perasaan

ada ketikanya kita tidak tahu
apa yang kita idam-idamkan
seringkali berlaku suatu keputusan
yang membawa kita terpesong arah

kehidupan bagaikan suatu perjalanan
di penuhi dengan pelbagai halangan
rintangan memenuhi segala langkah
bagi kita mencapai kejayaan

kegelapan malam yang semakin kusam
bakal di sinari cahaya rembulan
namum tiba mendung mendatang
pasti hujan menemani kesuraman

ku pasti
ku yakin
akan tibanya hari yang dinanti
segala kesenangan akan ku kecapi

satu kehidupan

manusia
sentiasa merasai susah dan senang
namum
ramai dikalangan kita yang masih leka
leka dalam menginsafi apa yg telah mereka lalui
leka dengan apa yang mereka hadapi
leka dengan apa yang terjadi
tetapi
mereka masih mampu untuk tersenyum
mereka masih mampu untuk bergelak ketawa
mereka masih mampu bergembira
biarlah apa yang terjadi sebagai satu kisah silam
yang harus di padamkan dari kotak memori
yang harus di bersihkan dari fikiran
yang harus di lupakan
bagi kita meneruskan sisa kehidupan
selagi ada hayat di kandung badan
selagi ada sinar harapan
selagi ada orang yang tersayang
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...