like button

Thursday, February 23, 2012

Pemikiran orang bila tengok awek cantik...

Mungkin kita juga akan berfikir macam diorang jika kita di tempat yg sama...


Pagar-pagar yang pelik...

Sengal punye tentera...



camouflage - celoreng tentera (corak hutan)

Tayangan “Happy” buat penonton turut “Happy”



Publika sekali lagi menganjurkan satu tayangan dokumentari bertajuk “Happy”.  “Happy” adalah sebuah dokumentari yang menangani banyak isu-isu asas yang kita hadapi dalam masyarakat kini. Apakah maknanya untuk berasa bahagia? Pengertian gembira itu sendiri?  Bagaimana kita mewujudkan kebahagiaan untuk diri kita sendiri? Semua itu diperbincangkan dalam dokumentari tersebut.

Wednesday, February 22, 2012

Lisa Surihani amal petua tradisi


Lari daripada aktiviti 'wajib' kebanyakan bakal pengantin masa kini yang lebih gemar mendapatkan rawatan spa untuk kelihatan berseri dan cantik di hari bahagia mereka, aktres popular, Lisa Surihani yang akan diijabkabulkan dengan penyanyi, produser dan pengarah filem, Yusry Abdul Halim pada 23 Februari ini lebih selesa mengamalkan petua orang lama sebagai regimen kecantikannya.

Lady Gaga diganggu makhluk halus


Meskipun dilimpahi kemewahan serta kekukuhan empayar seni essentriknya yang nyata mampu membuat dia lena diulit mimpi, namun Lady Gaga mengakui mengalami kesukaran untuk tidur dek kerana berdepan dengan beberapa kejadian aneh setiap kali hendak tidur.
Menurut pelantun lagu "Marry the Night" ini, dia seringkali diganggu makhluk halus yang membuatkanya tidak tenang untuk tidur selain merasa kehadiran benda aneh yang sukar untuk dijelaskan.

Tonton Ombak Rindu secara percuma

Tonton Ombak Rindu secara percuma


Program Merakyatkan Filem anjuran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) kembali lagi dengan penayangan filem tempatan pecah panggung, "Ombak Rindu".
Bakal berlangsung pada 25 Februari 2012 (Sabtu) di Panggung Coliseum, Jalan Tuanku Abdul Rahman, tayangan filem arahan Osman Ali ini akan bermula pada jam 12.00 tengahari.

10 kisah Allahyarham Sudirman Hj. Arshad

10 kisah Allahyarham Sudirman Hj. Arshad


Pada 17 Julai 1991, Sudirman Hj. Arshad telah dibawa ke Pusat Perubatan Tawakal Kuala Lumpur selama empat hari selepas jatuh pengsan ketika membuat persembahan di Butterworth, Pulau Pinang. Dia menghembuskan nafas terakhir pada 22 Februari 1992, jam 4 petang ketika berusia 37 tahun di rumah kakaknya, Datin Rudiah selepas tujuh bulan menghidap pneumonia.
Jenazahnya telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Chengal, Temerloh berdekatan dengan kubur kedua ibu bapanya.
20 tahun sejak pemergiannya, kami ingin menyenaraikan sepuluh perkara tentang Allahyarham yang menjadikan beliau insan yang cukup bernilai untuk diingati.

Tuesday, February 21, 2012

Jenazah Latif Ibrahim dikebumikan hari ini



Jenazah Latif Ibrahim dikebumikan hari ini
Penyanyi dan pelakon era 1970-an, Abdul Latif Ibrahim atau lebih dikenali dengan nama Latif Ibrahim akan dikebumikan hari ini selepas solat Zohor di Tanah Perkuburan Islam AU3, Keramat di sini.
Allahyarham yang menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 6.06 petang semalam di Institu Jantung Negara (IJN) dekat sini telah dimasukkan ke Unit Rawatan Korinari (CCU) pada Sabtu lalu akibat komplikasi pelbagai penyakit termasuklah jantung.

Kesilapan poster movie...

Bad Lieutenant Bad Lieutenant 
Dada Eva Mendes telah di photoshopkan...tidak seperti dada sebenar...

Kereta baru Datuk Lee Chong Wei...



Dato’ Lee Chong Wei is famous for his fast and furious smashes on the badminton court, but off the court, same can be said about his rides too.

Zizan puas dengan watak kura-kura

Zizan puas dengan watak kura-kura


Walaupun hanya meminjam suara untuk watak kura-kura dalam filem terbaru lakonannya "Cinta Kura-Kura", Zizan Raja Lawak atau nama sebenarnya Mohd Razizan Abdul Razak berasa puas dan menganggap ia adalah satu peluang yang tidak harus disia-siakan begitu sahaja.
Menurut pengacara dan pelawak terkenal kelahiran Dungun, Terengganu ini, dia ingin mencuba sesuatu yang baru dari segi memberikan komedi dalam bentuk intonasi suara pula.

Aksi berani Julie Woon


 Aksi berani Julie Woon
Jika sebelum ini Zarina Anjoulie mencetuskan kontroversi apabila tampil seksi dalam majalah FHM Indonesia, kini nama pengacara dan pelakon Julie Woon menjadi bualan hangat di beberapa forum hiburan tempatan apabila gambar aksi beraninya menjadi penghias majalah. 

Monday, February 20, 2012

Hadiah untuk orang kaya...

Gifts for the luxists Oroton necklace Features a gold-coloured metal mesh and large diamond appliqué. The Oroton logo is embossed on the medallion clasp at the back. Price: RM940

Tidak perlu pawagam di Bangi


Parti Islam Semalaysia (PAS) menolak pelan rancangan untuk membina panggung wayang di Seksyen 15, Bangi kerana bimbang ia akan menyebabkan gejala sosial berlaku.
Dipetik dari akhbar The Star, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bangi, Dr. Shafie Abu Bakar berkata, "Mengapa kita perlu ke panggung wayang sedangkan kita mempunyai kecanggihan teknologi di mana kita boleh menonton filem di televisyen dan internet?"

Aznil sedia jadi Senator



Selepas Tan Sri Jins Shamsuddin, tiada lagi setakat ini suara-suara daripada penggiat seni kedengaran di dalam Dewan Negara. Kesenyapan tanpa suara seorang Senator daripada kalangan warga seni seharusnya dilihat daripada perspektif serius, tambahan pula industri kreatif tanah air memerlukan suntikan semangat selain suntikan dana kewangan setiap tahun.

KRU masih kekurangan pakar animasi



Syarikat penerbitan dan pengedaran filem, KRU Studios boleh dikatakan mempunyai nama yang besar dalam industri perfileman tanah air. Mereka cuba menghasilkan filem-filem yang berkualiti dari kepelbagaian genre seperti seram, epik, romantik komedi dan juga animasi dengan teknologi sedia ada untuk tatapan peminat filem. Malah mereka turut membawa filem mereka ke peringkat antarabangsa seperti "Hikayat Merong Mahawangsa".
Walaubagaimanapun jelas Presiden Eksekutif KRU Studios, Norman Abdul Halim, mereka masih lagi kekurangan tenaga pakar dalam bidang animasi.

Penyanyi Hip Hop tanah air rogol anak tiri yang berusia 14 tahun

Anak tiri jadi ‘isteri kedua’

Seorang penyanyi sebuah kumpulan berkonsep hip hop popular tanah air ditahan polis selepas didakwa merogol anak tirinya berusia 14 tahun di rumahnya di Gombak Jaya, dekat sini, semalam.

Penyanyi berusia 37 tahun yang juga pernah berlakon filem itu ditahan selepas anak tirinya membuat laporan di Balai Polis Gombak, di sini, jam 11 malam, kelmarin.

Sunday, February 19, 2012

Gerakan murtad beralih ke laman sosial, hina Islam secara terbuka


 
Gerakan memesongkan akidah umat Islam masih berlarutan, terbaru gerakan ini yang menggelarkan diri mereka kumpulan penyokong murtad di Malaysia dan Singapura menggunakan laman sosial Facebook bagi meraih sokongan masyarakat.
Dengan penubuhan kelab ini di Facebook ditambah pula penyertaan terbuka kepada mereka yang murtad di negara ini, pengendali laman sosial ini dikesan turut mempelawa mana-mana individu supaya menyumbangkan sokongan moral kepada golongan itu.

Adele saman majalah Perancis

Adele saman majalah Perancis


 Adele bakal menyaman sebuah majalah Perancis selepas ia menerbitkan gambar-gambar palsu yang didakwa diambil daripada video seks yang dilakonkan oleh penyanyi berusia 23 tahun ini.
Dipetik daripada Daily Mail, Adele telah menafikan laporan bahawa beliau adalah wanita di dalam imej tersebut di mana majalah Public mendakwa ia diambil daripada video yang dirakam menggunakan telefon pintar.

Saturday, February 18, 2012

Cara mudah nak ingat bagaimana melakukan CPR

Ini hanyalah gambar hiasan yang kelakar...
job fails - Monday Thru Friday: If someone passes out at the office, know that all you need is a Capri Sun straw

Gambar-gambar bakal heroin untuk transformer 4...

Semuanya cun cun belaka...
The next leading lady in 'Transformers … ROSIE HUNTINGTON-WHITELEY

Lelaki Yang Menjadi Seorang Supermodel

Gambar-gambar seorang lelaki yg persis seorang wanita cantik...

Andrej Pejic

Rita Rudaini arah pengguna Twitter mohon maaf


Rita Rudaini arah pengguna Twitter mohon maaf
Aktres terkenal yang juga merupakan isteri pemain bola sepak kebangsaan Aidil Zafuan Abdul Radzak, Rita Rudaini Moktar menuntut seorang pemilik akaun Twitter, @bob_azuan supaya segera memohon maaf selepas menghina, memfitnah dan memalukannya menerusi laman sosial tersebut.
Rita menganggap perbuatan individu tersebut telah menjatuhkan maruahnya selain turut masuk campur dalam kemelut rumah tangga yang dihadapinya pada masa ini.

Pelajar boikot ijazah kehormat rosmah mansor

Beratus-ratus pelajar dahulu dan sekarang, kebanyakannya dari Malaysia, telah dipanggil untuk memboikot universiti dan diminta membatalkan Ijazah Kehormat Kedoktoran yang dianugerahkan kepada Rosmah Mansor.Seorang pelajar telah menyiarkan video ijazah dibakar dan ada yang hantar gambar ijazah yang telah dikoyak dengan komen: "Malu terhadap Universiti Curtin"

Video seks Melia Aimellia tersebar?

 




Isu sebuah video separa lucah yang didakwa dilakonkan oleh seorang aktres wanita tanah air sedang hangat diperkatakan di blog-blog hiburan tempatan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...