like button

Sunday, February 19, 2012

Adele saman majalah Perancis

Adele saman majalah Perancis


 Adele bakal menyaman sebuah majalah Perancis selepas ia menerbitkan gambar-gambar palsu yang didakwa diambil daripada video seks yang dilakonkan oleh penyanyi berusia 23 tahun ini.
Dipetik daripada Daily Mail, Adele telah menafikan laporan bahawa beliau adalah wanita di dalam imej tersebut di mana majalah Public mendakwa ia diambil daripada video yang dirakam menggunakan telefon pintar.

Dakwaan tersebut dibuat beberapa hari selepas pelantun lagu "Rolling In The Deep" dan "Someone Like You" ini mendominasi Anugerah Grammy ke-54 dengan enam kemenangan di Los Angeles baru-baru ini.
Firma guaman Adele, Schillings bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap majalah tersebut yang dilaporkan mempunyai lebih daripada tiga juta pembaca.
Menurut satu kenyataan memberitahu, "Kami diberitahu bahawa majalah Perancis, Public telah menerbitan gambar-gambar yang didakwa menunjuk klien kami dalam video seks.
"Klien kami tidak pernah muncul dalam video seks seperti yang didakwa dalam artikel tersebut. Klien kami tidak muncul dalam gambar-gambar tersebut.
"Tuduhan tersebut adalah tidak benar dan sangat memalukan. Klien kami akan mengambil tindakan undang-undang berkenaan hal ini."
Walaupun dilanda dakwaan sedemikian, Adele dilaporkan dalam keadaan baik dan mempunyai kehidupan yang menggembirakan.
Dia baru sahaja berpindah ke rumah agam berjumlah £15,000 (RM72,284) sebulan yang berdekatan dengan teman lelakinya, Simon Konecki.
Source: Yahoo news

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...