like button

Thursday, April 12, 2012

Kelebihan Instagram selepas di beli oleh Facebook...



Facebook selesai memeterai perjanjian untuk memperoleh Instagram bernilai kira-kira $1 bilion (RM3 bilion) dalam bentuk wang tunai dan stok.
Walaubagaimanapun, Facebook menjamin, Instagram akan kekal sebagai aplikasi berasingan dari Facebook, tetapi hubungan perkhidmatan itu akan dipertingkatkan antara satu sama lain.
Dengan 27 juta pengguna berdaftar pada platform iOS sahaja, Instagram semakin mengukuhkan kedudukannya sebagai rangkaian sosial dalam cara sendiri - bukan hanya aplikasi perkongsian foto tapi ia jelas menunjukkan sesetengah pengguna telah melakukan lebih banyak aktiviti dengan pelbagai perkongsian harian pada Instagram dan bukannya Facebook pada satu-satu aplikasi mudah alih.
Instagram akan mendapat reka bentuk besar-besaran dan sumber kejuruteraan dengan bergabung tenaga dengan syarikat Zuckerberg itu.

Dalam kenyataannya di Timeline Facebook, Mark Zuckerberg berkata beliau teruja untuk berkongsi berita gembira tersebut dan mengesahkan Facebook telah bersetuju untuk memperoleh Instagram dan pasukan kerja yang berbakat mereka akan menyertai Facebook.
"Selama bertahun-tahun, kami telah memberi tumpuan kepada membina pengalaman yang terbaik untuk berkongsi gambar dengan rakan dan keluarga anda. Sekarang, kita mungkin akan dapat bekerja lebih rapat dengan pasukan Instagram yang juga menawarkan pengalaman terbaik untuk berkongsi gambar yang lancar dengan orang lain berdasarkan minat tertentu anda," katanya.
"Kami percaya ini adalah pengalaman yang berbeza yang saling melengkapi antara satu sama lain. Tetapi untuk melakukan ini, kita perlu ingat tentang faktor simpanan dan membina kekuatan serta mengukuhkan ciri-ciri Instagram bukannya hanya cuba untuk menyatukan semuanya ke dalam Facebook saja," kata Zuckerberg.
"Itulah sebabnya kami komited untuk membina dan meningkatkan Instagram secara bebas. Berjuta-juta orang di seluruh dunia menyayangi app Instagram dan jenama yang dikaitkan dengannya, dan matlamat kami adalah untuk membantu memperluaskan app dan jenama," katanya.
"Kita perlu menyedari hakikat bahawa Instagram disambungkan kepada perkhidmatan lain di luar Facebook yang menawarkan perngalaman berlainan. Kami merancang untuk memelihara ciri-ciri seperti keupayaan untuk hantar ke rangkaian sosial lain, kebolehan untuk tidak berkongsi Instagram anda di Facebook jika anda mahu, dan keupayaan untuk mempunyai pengikut dan mengikut orang secara berasingan daripada rakan-rakan anda di Facebook," sambunga Zuckerberg.
"Ia dan banyak ciri-ciri lain adalah bahagian penting dalam pengalaman Instagram. Kami akan cuba untuk belajar daripada pengalaman untuk membina ciri-ciri yang sama ke dalam produk kami yang lain Instagram. Pada masa yang sama, kami akan cuba untuk membantu Instagram terus berkembang dengan menggunakan pasukan kejuruteraan dan infrastruktur Facebook yang kukuh," katanya.
Bulan lepas, pembuat apps game yang popular dengan Words With Friends, Zynga telah membeli satu lagi syarikat yang mengeluarkan game hangat sekarang, Draw Something daripada syarikat OMGPOP.
Perjanjian itu telah diumumkan ketika sidang media namun ia tidak mendedahkan nilai perjanjian tersebut. Namun ada laporan mengatakan Zynga membayar $180 juta untuk OMGPOP, ditambah $30 juta lagi untuk mengekalkan lebih 40 pekerja OMGPOP.
"OMGPOP ini telah mencipta satu permainan yang menyeronokkan, ekspresif dan berinteraksi pada sosial sebenar," kata Mark Pincus, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Zynga.
"Draw Something telah memerangkap imaginasi berjuta-juta orang di seluruh dunia. Kami suka cara mereka bekerja dan budaya suka bermain yang relevan kepada permainan mereka," katanya.
Kedua-dua syarikat, Zynga dan OMGPOP mengedarkan beberapa game yang terbesar dan paling popular dalam internet dan Facebook. Zynga adalah studio yang membangunkan game hits seperti Farmville dan Cityville yang menarik 60 juta pengguna setiap hari dan lebih daripada 230 juta pengguna sebulan di seluruh dunia. Sementara itu, OMGPOP, meletup ke dunia permainan mudah alih dengan Draw Something.
Dua pembelian terbesar tersebut menjadi contoh bagaimana syarikat teknologi beroperasi, cuma persoalan yang timbul, apakah ia baik kepada pengguna atau tidak. Instagram misalnya mempunyai kekuatan tersendiri berkaitan foto sosial tetapi Facebook lebih kepada jaringan sosial berkaitan teks dan bukannya foto.
Oleh itu, gabungan tersebut dikatakan memberi kesan mendalam kepada pengguna yang memilih untuk menggunakan kedua-dua platform secara berasingan, ada yang suka Instagram saja dan ada juga yang hanya menyukai Facebook.
Selagi fungsi kedua-duanya diasingkan, ia memberi impak positif kepada pengguna tapi jika penyatuan dilakukan secara mendalam (seperti memasukkan Instagram kepada Facebook), ia mungkin akan menghilangkan aura kedua-duanya sekaligus!
Pembelian Zynga ke atas Draw Something menarik perhatian isu lain pula. Melihat kepada apps yang sangat popular itu, timbul 'semangat' bisnes untuk menjana untung. Sifirnya mudah, kalau lihat satu syarikat teknologi lain sedang rancak naik, beli saja kalau ada duit! Perjalanan bisnes yang berlaku di dunia korporat teknologi ini boleh menjahanamkan minat pengguna kalau tidak berhati-hati.
Pembelian (Acquisition) perlu diteliti supaya pengguna yang menyukainya tidak teraniaya. Pada kebiasaan sifat pengguna, elok jika dua perkara tidak terlalu digabungkan menjadi satu bagi memberi pilihan yang menarik kepada mereka.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...