like button

Friday, July 2, 2010

sedikit pengalaman


Sudah lama rasanya aku tidak menulis disini walaupun blog ini baru saja di hasilkan. hari ini aku ingin menceritakan sedikit pengalaman aku bersama rakan2 ketika bercuti baru-baru ini. Kali ini aku berpeluang pergi bercuti jauh dari tempat tinggal aku tapi masih dalam Malaysia. Aku sudah dapat menjejakkan kaki aku di Sabah buat pertama kalinya. Menyahut seruan kerajaan "cuti-cuti Malaysia". Aku mendarat pada pagi hari di Tawau tapi aku rasa mcm aku mendarat di Indonesia kerana orang di sana ramai yang cakap indon. 2 hari aku berada di sana, aku sudah berasa bosan kerana tawau bukan tempat perlancongan. Tempat menarik di sana adalah pulau-pulau nya seperti sipadan, mabul dan kapalai. Aku agak terkilan kerana kos untuk ke sana terlalu mahal hinggakan aku hampir putus asa. Akhirnya semasa hantar rakan secuti pulang ke tempat penginapan, aku mencuba nasib bertanyakan tentang pakej snorkeling ke pulau-pulau yg ada di situ. Semuanya mahal. Terlalu mahal. Aku hampa. Akhirnya aku ke kedai terakhir dan aku kembali senyum. Kedai tu dah nak tutup dan aku bernasib baik kerana bos nya masih ada. Dia memberi aku berita gembira tentang pakej snorkeling ke pulau mabul. Aku setuju dgn harga yg di berikan. Besok nya seawal pukul 7 pagi aku dan 4

lagi ahli rombongan aku sudah terpacak depan kedai dia dengan perasaan yg membuak-buak. Tak sabar nak pergi ke pulau. Perjalanan mengambil masa selama sejam ke pulau mabul. Tiba di sana, aku dapat lihat betapa indahnya pulau dan kawasan di sekitar situ tp malang nya semakin banyak sampah yang di sekitar lautnya. Air lautnya begitu jernih sehinggan aku boleh nampak dasarnya di sesetengah kawasan. Berjaya juga kami snorkeling di situ dan aku begitu puas hati. Mungkin lain kali kami akan kembali tp ke pulau sipadan pulak.




Lagi satu pengalaman aku semasa di Tawau. Aku banyak sgt jumpa roundabout kat sana tp yg peliknya roundabout tu kecik sgt. Kalau tak perasan mesti langgar nye. Pemandu kat san pun pelik sikit. Diorang tak suka guna signal langsung. Main masuk jek. Orang lintas pun camtu gak. Main redah jek. diorang harap kete yang behenti time diorang lingtas. Apa pun, aku sangat happy dengan percutian kali ni.

Nampak tak tompok hitam yg kat tengah jalan tu.
Itu la roundabout kat bandar Tawau, Sabah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...