like button

Thursday, July 15, 2010

melayu pulau pinang

Pulau Pinang telah mendapat manfaat besar daripada perkembangan ekonomi negara. Malahan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Pulau Pinang adalah lebih pesat dibandingkan pertumbuhan KDNK negara. Pulau Pinang telah menjadi tempat di mana peluang pekerjaan dan perniagaan berkembang dengan pesatnya. Bukan sahaja orang Melayu Pulau Pinang, malah orang Melayu di negeri jiran juga telah mendapat manfaat daripada pengwujudan peluang ini.
Ekonomi negeri Pulau Pinang dijangka akan terus berkembang pada kadar yang lebih cepat daripada pertumbuhan ekonomi negara. Sektor pembuatan adalah antara teras ekonomi negara. Di samping itu, sektor perkhidmatan, seperti pengangkutan, pelancongan, peruncitan dan perkhidmatan kesihatan adalah antara pemacu perkembangan ekonomi Pulau Pinang.
Saya sedar bahawa kedudukan orang Melayu, bukan sahaja dari segi ekonomi, tetapi juga dari segi sosial adalah kebelakang di bandingkan dengan kaum China di Pulau Pinang. Ini adalah juga benar di seluruh negara, tetapi oleh kerana persekitaran di Pulau Pinang lebih mencabar, keadaan itu lebih runcing di sini. Timbul satu persepsi seolah keterbelakangan kedudukan ekonomi Melayu adalah fenomena Pulau Pinang. Ia sebenarnya adalah fenomena nasional juga.
Masalah utama orang Melayu ialah tahap pendapatan kita lebih rendah daripada kaum lain. Pendapatan yang rendah adalah akibat daripada tahap pembangunan tenaga manusia kita yang lebih rendah, pencapaian tahap pendidikan kita lebih rendah, serta tahap kejayaan keusahawanan kita yang juga lebih rendah. Pendapatan yang rendah adalah juga sebab kenapa orang Melayu tidak mampu memiliki rumah, premis perniagaan dan aset lain. Pendapatan rendah ini juga menjadi sebab untuk mengekang perniagaan kita. Pendapatan yang rendah juga telah memberi kesan kepada kualiti persekitaran hidup kita.
Pembangunan tenaga manusia melalui pendidikan dan latihan adalah kunci kepada menyelesaikan masalah tahap pendapatan rendah ini. Aksesibiliti kepada pendidikan dan latihan kemahiran merupakan instrumen penting dan berkesan yang boleh mempercepatkan upward mobility Bumiputera kedalam golongan berpendapatan tinggi.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...