like button

Tuesday, March 6, 2012

The Lorax raih RM213 juta



Filem "Dr.Seuss' The Lorax" membuat kejutan di luar jangkaan apabila berjaya meraih AS$70.72 juta (RM213 juta) pada minggu pertama ia ditayangkan, sekaligus menduduki tempat pertama dalam carta pecah panggung Amerika Syarikat.

Dipetik daripada Hollywood.com, filem animasi tiga dimensi (3D) edaran Universal Pictures telah ditayangkan di 3,728 pawagam dan 269 di IMAX di seluruh Amerika Syarikat. Kutipan di IMAX berjaya menjana AS$5.4 juta (RM16.2 juta) iaitu lapan peratus daripada jumlah keseluruhan pada hujung minggu.
Turut membanggakan, filem arahan Chris Renaud dan Kyle Balda ini adalah antara yang mendapat kutipan tertinggi pada hari pembukaan filem animasi di IMAX walaupun bukan pada hari cuti sekolah.
Menggunakan suara selebriti terkenal iaitu Danny DeVito, Ed Helms, Zac Efron dan Taylor Swift, kejayaan filem yang berdasarkan kisah dongeng adaptasi komik karya Dr. Suess mengikut filem sebelum ini iaitu "How The Grinch Stole Christmas" di mana ia berjaya mengutip AS$55.1 juta (RM155 juta) pada tahun 2000, "The Cat In The Hat" pula AS$38.3 juta (RM115.6 juta) pada tahun 2003 dan "Horton Hears A Who!" dengan AS$45 juta (RM135.8 juta) pada tahun 2008.
Filem animasi ini juga ditayangkan bersempena dengan kelahiran Dr.Seuss pada 2 Mac di mana beliau berusia 108 tahun pada tahun ini.
"The Lorax" yang sesuai ditonton oleh semua lapisan masyarakat bakal ditayangkan di Malaysia bermula 8 Mac 2012. Ia juga boleh ditonton dalam versi 2D, 3D dan IMAX.

Source: Yahoo News

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...