like button

Wednesday, June 9, 2010

kesedaran

tiada sesuatu pun yang indah
cinta datang dan pergi
bersama hembusan angin
yang membawa debu debu kehangatan semalam
melayang ke seluruh pelusuk alam
indahnya sesuatu perkara itu
bergantung kepada jiwa dan hati
jika bersama meniti pelangi
biarlah sampai ke hari mati
janganlah leka mencari hakiki
sampaikan insan insan lain di biarkan layu
mencari hanya kuntuman manis
dari taman nun syurgawi
hanya keseragaman membawa kita semua ke hari tua
sedarlah wahai semua pasangan duniawi
bahawa kita hanya pinjaman sementara
di sana jualah kekal abadi

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...